Terkini! Pasukan penyelamat temui cebisan daging manusia dan serpihan pesawat

Operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang digerakkan selepas pesawat Sriwijaya Air terhempas menemukan cebisan daging manusia dan serpihan pesawat di perairan Kepulauan Seribu.

Cebisan daging berkenaan dipercayai milik penumpang pesawat berkenaan.

Untuk rekod, pesawat itu dilapor membawa 62 penumpang termasuk lima anak kapal dan dilaporkan terputus hubungan sebaik berlepas dari Lapangan Terbang Soekarno Hatta, Jakarta menuju ke Pontianak, petang tadi.

Tribunnews melaporkan, cebisan daging itu ditemui anggota kapal peronda Kementerian Perhubungan di lokasi yang didakwa menjadi titik pesawat Sriwijaya Air terhempas di Kepulauan Seribu.

Kapten kapal, Eko berkata, hasil pemeriksaan awal mendapati cebisan daging yang ditemukan dipercayai dari badan manusia.

Selain itu, Eko juga memaklumkan penemuan bahan bakar pesawat di lokasi kejadian.

Pihak berkuasa Indonesia juga sudah mengesahkan insiden malang itu dan memaklumkan Presiden Indonesia mengarahkan gerakkan SAR secara besar-besaran dilakukan.

Terkini, Kedutaan Malaysia di Jakarta memaklumkan dalam kenyataannya bahawa tiada rakyat Malaysia dalam pesawat berkenaan.

Sumber: https://www.hmetro.com.my/global/asia/2021/01/662156/terkini-cebisan-daging-manusia-serpihan-pesawat-ditemukan