Terkilan dimaki Diva AA Lambat siapkan tempahan sejadah, Azza Elite ditengking dalam Melodi?
Sejak minggu lalu, kecoh di media sosial mengenai pengacara kontroversi Azwan Ali atau dikenali Diva AA ‘memaki’ Azza Elite disebabkan lewat membuat penghantaran sejadah sehingga menarik perhatian ramai.
Apa yang membuatkan isu tersebut menjadi perhatian adalah Azza meluahkan rasa terkilan apabila Diva AA mengeluarkan kata-kata kesat disaat bapanya baru sahaja meninggal dunia. Susulan itu, pihak Melodi mempertemukan dua orang selebriti ini bagi memperbaiki keadaan yang sedang ‘panas’ berlaku di antara mereka.
Sepatutnya bagitahu kalau ada masalah
Ketika ditemubual, Diva AA mendedahkan dirinya tidak tahu menahu Azza sedang berhadapan dengan masalah peribadi terutama bapanya dalam keadaan nazak dan meninggal dunia.
Pun begitu, pemilik nama Mohamed Azwan Haji Ali berkata, penyanyi berusia 45 itu sepatutnya memaklumkan kepadanya mengenai kesulitan yang dihadapi.
“Saya tak tahu pun bapanya sudah dijemput pulang. Al-fatihah. Bukan sengaja nak amuk pepagi buta. No.
“Kenapa kau tak cakap kat aku, bapa kau nazak? Kenapa kau tak mesej aku yang bapa kau dah meninggal?”ujarnya.
@boojangkarisma suka tgok azza elite..tenang saja
Apa masalah kau?
Dalam pada itu, Diva AA dilihat bertanya soalan dalam nada ‘menengking’ apabila isu tersebut menjadi besar dan dilaga-lagakan di media sosial sehingga membuatkan pelakon wanita itu terdiam.
“Eh, apa masalah kau? Apa kau cakap kat timeline (hantaran di Instagram) sehingga tular semua?”tengking Azwan.
Dalam pada itu, Diva AA meluahkan kekesalan apabila dirinya hanya mengetahui berita pemergian bapa Azza apabila dimaklumkan oleh rakan artis, Roslan Shah.
“Aku tahu yang bapa kau dah tak ada daripada Roslan Shah. Aku tak tahu daripada kau”luahnya.
@ichiw0n #fyp #fypシ #viralvideo #trendingtiktok #divaaa #azwanali #meloditv3
Dikesempatan itu, Diva AA meluahkan kekecewaan apabila dirinya dituduh oleh netizen diluar sana sebagai ‘binatang’ yang tidak tahu mengenai hukum agama.
Untuk makluman, detik pertemuan perdamaian seterusnya antara mereka berdua hanya akan ditayangkan pada minggu hadapan dalam rancangan Melodi.
Sumber: TikTok boojangkarisma, ichiw0n