Terkejut tengok baju raya beli online, “Macam kain kafan…”

Terkejut tengok baju raya beli online, “Macam kain kafan…”

Rasanya ramai juga yang memilih untuk membeli baju raya secara atas talian sahaja untuk Hari Raya Aidilfitri tempoh hari. Sama macam yang dikongsikan gadis ini yang membeli baju raya online namun lain pula yang diterimanya.

Baju raya dengan tema warna putih itu tidak seperti yang disangka oleh gadis ini sehingga dia menganggapnya seperti kain kafan pula. Dia juga kelihatan bingung dan tidak tahu cara yang betul untuk memakai baju kaftan yang dibelinya itu.

@numpangjalan

Pliss ini ngakak banget sama kaftan nya 😭🤣 #fyp #LoveMumsSmile #foryou #lebaran #bajulebaran #kaftan

♬ Paket Ashiap – Iyuz misterius

Menerusi video yang dikongsikan ini, gadis itu memberitahu dia membeli baju kaftan itu untuk hari raya secara atas talian sahaja. Tetapi sebaik saja menerimanya, dia tidak menyangka baju raya itu lain daripada jangkaannya.

Malah, gadis itu juga kelihatan bingung dan hanya mampu ketawa sahaja gara-gara tidak tahu cara untuk memakainya. Dia turut mencuba beberapa gaya namun akhirnya mengundang ketawa ahli keluarga lain yang melihatnya.

Video tersebut tular dikongsikan di Tik Tok apabila ia menerima lebih dua juta tontonan setakat ini. Ada juga netizen yang mengajarnya cara yang betul untuk memakai baju kaftan itu di mana dia hanya perlu mengikatnya sahaja.