“Terkejut i tengok gambar ni” Anak Emma Maembong 5 bulan sudah boleh berdiri?

“Terkejut i tengok gambar ni” Anak Emma Maembong 5 bulan sudah boleh berdiri?

Pasti ramai mengetahui bahawa pelakon jelita, Emma Maembong kini bahagia disisi suami dimana mereka disatukan sebagai pasangan suami dan isteri pada tahun lalu.

Walau bagaimanapun lebih membuatkan ramai sangat teruja juga apabila Emma Maembong semakin ceria dengan kehadiran cahaya mata sulungnya yang diberi nama Shariq Gabriel.

 

Malah Shariq Gabriel juga mempunyai ramai peminat dan anak lelaki Emma Maembong ini turut mempunyai laman akaun sendiri yang diikuti ribuan pengikut.

Terbaharu satu perkongsian yang memaparkan beberapa keping foto Shariq Gabriel ini menjadi bualan peminat gara-gara kapsyen yang ditulis.

Tulisnya bahawa mesti ramai yang terkejut kerana Shariq Gabriel yang baru berusia 5 bulan sudah boleh berdiri dan sempat meminta agar wargamaya untuk melihat foto seterusnya terlebih dahulu.

EmmaEmma

Rupa-rupanya foto tersebut di edit dan posting terbabit mendapat ribuan tanda suka lalu dalam pada masa yang sama seloroh Emma Maembong itu mengundang ramai terhibur.

Ternyata juga rakan baik Emma Maembong iaitu Alvin Chong turut merasa terkejut kerana percaya dengan kapsyen yang ditulis itu dan sempat menjerit selepas melihat foto pertama dalam perkongsian terbaru itu.