Terkejut dengan atuk, cucu viral tersenyum tengok video semula dapat perhatian wargamaya, “Patutlah…”

Terkejut dengan atuk, cucu viral tersenyum tengok video semula dapat perhatian wargamaya, “Patutlah…”

Buat pengguna media sosial, rasanya tidak dapat melupakan dengan satu gelagat seorang cucu yang diusik oleh atuknya apabila ketika itu video rakaman yang dikongsikan menjadi viral.

Malah mencetuskan orang ramai sangat terhibur dan berdekah gara-gara telatah comel cucu yang viral disaat responnya ketika dikejutkan atuk mengundang ramai yang berkongsikan semula diruangan media sosial masing-masing.

IMG_20210507_092525

Buat yang masih belum menonton pula, cucu yang viral itu dikejutkan oleh atuknya yang sempoi memakai topeng muka yang mana jika korang sendiri lihat juga pasti akan terkejut.

IMG_20210507_084109

Pun begitu, tidak disangka-sangka pula wargamaya kembali dapat melihat video terbabit yang mempunyai kesinambungan dimana melalui ruangan Instagram milik radio popular, Suria Malaysia kanak-kanak tersebut dirakam reaksinya pula apabila menonton video itu.

Rakaman menunjukkan kanak-kanak comel ini juga tidak dapat menahan ketawanya selepas menonton dirinya sendiri terkejut dengan kelakuan lucu atuk.

“Bila cucu tengok video sendiri dan kenapa dia terkejut tengok atok”

Sementara itu melalui posting pula, rata-rata wargamaya yang masih ingat dengan adik comel itu bersama atuknya menghujani ruangan komen dengan bermacam-macam respon lucu.