Terjaga pukul 2 pagi, wanita terperanjat nampak ada orang tabur pasir depan rumah

Pejam celik pejam celik, hanya tinggal 3 hari lagi umat Islam bakal menyambut kedatangan bulan suci Ramadan. Tapi sayangnya, kegiatan sihir ataupun aktiviti yang bercanggah dengan ajaran agama didapati masih banyak diamalkan dalam kalangan masyarakat Melayu seperti satu perkongsian video yang tular di aplikasi TikTok baru-baru ini.
Ya Allah, apa yang kau lempar depan rumah pagi-pagi buta ni? Kaki & tangan menggeletar terkejut
Gara-gara terdengar salakan anjing dan bunyi enjin kereta yang kuat,ย Puan Anaย terjaga daripada tidurnya sekitar jam 2.35 pagi. Apabila ditinjau melalui tingkap, dirinya sangat terkejut apabila mendapati ada seorang wanita sedang menabur sesuatu di hadapan pagar rumahnya ketika itu. Biarpun sempat merakam aksi mencurigakan terbabit, namun Puan Ana akui kaki dan tangannya sedang menggeletar teruk ekoran kali pertama situasi itu berlaku di hadapan matanya sendiri.
@n.shzana Korg rasa apa yg Perempuan tu campak ke rumah aku?๐ข Kaki tgn aku menggeletar terkejut. Ya ALLAH,. Semoga Allah lindungi aku, ank2 dan suami dr perubatan keji manusia durjana ni. Patut ke aku g buat report? Rase terancam..ุฃูุนูููุฐู ุจูุงูููููู ู ููู ุงูุดููููุทูุงูู ุงูุฑููุฌููู ููู ููููู ููุง ุฃููููููุงู ููุงูู ู ููุณูู ู ูุง ุฌูุฆูุชูู ุจููู ุงูุณููุญูุฑู ุฅูููู ุงููููู ุณูููุจูุทููููู ุฅูููู ุงููููู ูุงู ููุตูููุญู ุนูู ููู ุงููู ูููุณูุฏูููู(Yunus 10:81) #khianat #fypage #tolongfyp #malaysia #natizen #fypใทใviral #fypdongggggggg
โฌ Amityville Horror – Scary Halloween Sound Effects – Halloween Sound Effects
Tadi baru nampak benda yang ditaburโฆtakkan kebetulan pula kakak tu buang pasir ke rumah aku?
Ketika menghantar anak pergi sekolah tadi, Puan Ana sempat meninjau โbendaโ yang ditabur oleh individu misteri terbabit. Ujarnya terdapat banyak kesan pasir serta garam ditemui di hadapan rumah, walhal sebelum ini kawasan berkenaan ada rumput hijau saja. Secara keseluruhannya, klip video tersebut telah meraih hampir 2 juta jumlah tontonan setakat ini.
@n.shzana Nk hantar ank skolah td cerah baru npk benda yg ditabur ni.. Mcm pasir dgn garam. X kan kebetulan plak “kakak” tu g buang pasir ke rumah aku ๐คฆ๐ปโโ๏ธ #khianat #malaysia #akutakut
Tak pernah senang tengok orang lain bahagiaโฆmungkin itu tanah kubur, nak buatย familyย porak peranda
Rata-rata netizen berpendapat pasir ditabur di hadapan rumah itu mungkin adalah tanah kubur, yang bertujuan untuk jadikan sesebuah keluarga porak peranda. Justeru itu, ramai menasihati Puan Ana supaya perkara berkenaan segera dirujuk kepada perawat Islam atau ustaz yang lebih arif untuk menguruskannya.