Terima padah selepas cuba layan haiwan liar seperti haiwan peliharaan, “Tula kau yang ajar”

Terima padah selepas cuba layan haiwan liar seperti haiwan peliharaan, “Tula kau yang ajar”

Pencinta haiwan biasanya menggemari semua jenis binatang dan tidak takut dengan apa sahaja haiwan yang mereka dapat temui kerana menyangka haiwan liar tidak akan mengasari mereka jika mereka tidak berniat buruk.

Namun hakikatnya kita tidak dapat menjangka apa yang dirasakan haiwan dan sifat penyayang seseorang itu mungkin boleh membawa bahaya kepada diri mereka, seperti yang dapat disaksikan dalam dua video yang tular di Twitter ini.

Dalam sebuah video yang dirakam di Jepun seorang lelaki mengajarkan seekor monyet cara menggunakan pedang dengan memukul pedang yang dipegang monyet tersebut di kepalanya.

Apabila dia melepaskan tangan haiwan primat berkenaan dan menyuruhnya melakukan sendiri seperti yang diajar, monyet itu memukul kepala lelaki itu dengan begitu kuat sehingga dia menjerit kesakitan.

“Dia yang mintak…”

“Kenapa ajar monyet guna pedang?”

Dalam video lain yang dikongsikan pengguna Sunshinechi pula, seorang lelaki berada di pondok sebuah resort apabila seekor babi hutan muncul di kawasan itu dan menghampiri dia dan temannya.

Namun lelaki itu langsung tidak menunjukkan ketakutan sebaliknya dia kagum dengan saiz haiwan itu dan turut menyapa haiwan liar tersebut dengan mesra, sebelum berkata dia teringin mengusap babi berkenaan.

Akibat membiarkan babi hutan tersebut menghampirinya, lelaki itu akhirnya disondol membuat dia panik dan memanjat ke atas meja sebelum meminta tolong.

“Macam mana kau nak usap haiwan yang ada gading…”

“Kau ingat dia nak nyanyi hakuna matata ke…”