”Terima kasih support abah..” Warga emas gigih cari rezeki buat ‘Live’ jual baju bundle
Susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), ramai peniaga terpaksa beralih kepada perniagaan atas talian demi mencari sumber pendapatan. Bagi yang tidak biasa, pastinya agak sukar untuk memasarkan produk atau barangan menggunakan medium online ini.
Antaranya seperti melakukan ‘live’ di media sosial seperti Tiktok dan Instagram (IG) yang kebanyakkan dikuasai oleh golongan muda untuk menarik perhatian pembeli. Namun, kegigihan seorang warga emas ini dalam mempromosikan perniagaan baju bundle miliknya harus diberikan pujian.
Menerusi perkongsian di laman TikTok, warga emas itu yang dikenali sebagai ‘abah’ meluahkan rasa syukur dengan sokongan yang diberikan oleh warganet walau sedikit kecewa kerana sering berdepan dengan ‘joy buyer’ atau pelanggan yang sekadar ‘main-main’ untuk membeli.
Abah bersyukur mana yang ‘support’ abah..
@abahbundle packing order anak2 abah. alhamdulilah rezeki, bersyukur selalu. tq support abahhh
Abah jaga kualiti walau orang cakap abah jual baju bundle je..
Warga emas ini juga dilihat gigih membasuh dan menggosok semua baju bundle sebelum dijual kepada pelanggan.