Tergamam tengok pasangan selamba baringkan bayi di lantai pusat beli belah

Tergamam tengok pasangan selamba baringkan bayi di lantai pusat beli belah

Bukan rahsia lagi bahawa mengasuh anak adalah tugas yang sukar terutama apabila ibu bapa perlu melakukan tugas itu ketika berada di luar.

Jadi kebanyakan pasangan biasanya akan menghantar anak kecil mereka ke rumah pengasuh agar mereka bebas melakukan aktiviti lain sama ada keluar makan mahupun membeli belah.

Ibu bapa yang memilih untuk membawa anak mereka ke tempat yang sibuk seperti pasar malam atau pusat membeli belah memerlukan tahap pengawasan dan kesabaran yang tinggi kerana anak-anak mungkin sukar untuk duduk diam dan mudah meragam.

Namun cara sebuah pasangan ini menjaga anak kecil mereka ketika berkunjung ke pusat beli belah agak membingungkan.

@wclipsto

Lady lays her baby on the floor in the food court #fypシ #xyzbca #crazy #baby

♬ original sound – Jaygunna

Seorang pengguna TikTok atas nama Jay Gunna berkongsikan rakaman yang menunjukkan pemandangan yang pelik ketika dia berjalan-jalan di pusat membeli belah di mana sepasang suami isteri dilihat selamba meletakkan bayi mereka di atas lantai.

Pasangan itu dilihat duduk bersembang di sebuah meja sementara bayi tersebut terbaring di atas lantai sambil bermain dengan permainan membuat remaja itu tidak percaya apa yang dilihatnya.

Rata-rata netizen meluahkan kemarahan dengan sikap tidak bertanggungjawab ibu bapa bayi tersebut dan berharap agar ada sesiapa yang mengenali pasangan itu untuk melaporkan mereka. Namun ada juga yang berpendapat perkara itu tidak salah.

“Buat darah aku mendidih…”

bayi lantai

“Takde apa yang salah pun…”

bayi lantai

“Sekurang-kurangnya letaklah lapik…”

Screenshot 2021-08-05 222442

“Aku akan angkat budak tu dan lempang mereka berdua…”

Screenshot 2021-08-05 222602