Terdengar sahutan ‘abang dekat sini’, adik sebak abang meninggal dunia sendirian dalam kebun,

Terdengar sahutan ‘abang dekat sini’, adik sebak abang meninggal dunia sendirian dalam kebun,

Pemergian insan tersayang terutamanya ahli keluarga merupakan satu momen yang sangat perit sehingga tidak dapat digambarkan dengan kata-kata.

Begitulah perasaan yang dilalui wanita ini selepas kehilangan abang tercinta sejak 10 tahun lalu.

Abang meninggal 10 tahun lalu

Seorang pengguna TikTok, Suefarahanis atau lebih mesra dengan panggilan Sue ada berkongsi beberapa video menceritakan kenangan yang tercipta bersama arwah abangnya. Sue juga ada berkongsi satu lukisan terakhir yang dilukis arwah sebelum dia pergi buat selama-lamanya. Wanita ini menyifatkan arwah abangnya seorang yang sangat baik dan pencinta haiwan. Boleh dikatakan, setiap kali apabila melihat ada kucing sakit di jalanan, pasti dia akan membawanya pulang untuk dirawat.

Ada suatu hari tu sebelum abang hilang, abang panggil kaksu suruh tengok ada kucing cantik sangat-sangat, warna putih. Bulu terlalu kembang putih semua.

Namun pada suatu hari, keadaan di rumah sangat bising kedengaran seperti kucing-kucing milik arwah sedang menangis seolah-olah ingin menyampaikan sesuatu. Bukan itu sahaja, kucing tersebut turut memanjat di ruangan bilik arwah.

‘Kisah benar arwah abang’

@suefarahanis

Kisah benar arwah abg.haritu ramai nak tau bila kaksu komen dkt 1 vdeo pncarian kehilangn sseorg.trus trimpau kisah kehilangn arwah abg 10 tahun lalu.

♬ bunyi asal – Pijah Mohamad – Rara

Rupa-rupanya pada ketika itu, arwah masih belum pulang ke rumah meskipun sudah lewat malam. Mereka cuba menghubungi arwah namun tiada sebarang respon yang diterima.

Tempat terakhir abang pergi kebun ayah. Pencarian tu dalam gelap malam. Hanya guna lampu suluh sambil panggil nama abang. Waktu adik kaksu panggil nama abang, ada suara abang menyahut (abang dekat sini). Adik cepat-cepat ke arah suara abang tadi. Dekat situ lah adik menjerit dan terus pengsan. Sekujur tubuh dah tak bernyawa di depan mata adik. Sampai malam abang dekat situ.

Jelas Sue lagi, arwah abangnya meninggal dunia sendirian di dalam kebun milik ayah mereka. Difahamkan, arwah juga tidak mempunyai sebarang penyakit namun Allah SWT lebih menyayanginya. Sue mengakui mereka sekeluarga redha dengan ketentuan yang telah ditetapkan Allah SWT akan tetapi segala kenangan bersama arwah masih segar dalam ingatan mereka meskipun arwah telah pergi sejak 10 tahun lalu.

Al fatihah

@suefarahanis

Walaupun lukisan ni dah berusia 10 tahun tapi masih nampak hidup.. macam baru semalam arwah abang lukis..

♬ bunyi asal – Pijah Mohamad – Rara

@suefarahanis

Part 3- minta semua sedekahkan alfatihah untuk arwah abang kaksu ya. Walaupun dh 10 tahun berlalu.kucing2 yg arwah tlg mesti dh tlg abg kt sana☺️🤲🏻

♬ bunyi asal – Pijah Mohamad – Rara

@suefarahanis

🤲🏻❤️🐈ALFATIHAH 🤲🏻

♬ bunyi asal – Pijah Mohamad – Rara

Sumber: Suefarahanis