Tercekik darah dibuatnya, pelanggan terkejut kena bayar harga makanan sebanyak RM210,899

Tercekik darah dibuatnya, pelanggan terkejut kena bayar harga makanan sebanyak RM210,899

Restoran milik chef selebriti iaitu Salt Bae yang baru dibuka di kota London dilaporkan ‘cekik darah’ apabila harga makanannya tidak masuk akal.

Sebagai contoh, semangkuk salad dijual pada harga 23 pound (RM131), satu hidangan jagung manis berharga 12 pound (RM68) dan satu tin air Coca-Cola, 9 pound (RM58).

 

Harga tak masuk akal

Seorang pelanggan yang berkongsi kisahnya yang perlu membayar bil berjumlah 37,000 pound (RM210,899) ketika makan di restoran tersebut menarik perhatian ramai orang.

Berdasarkan resit pembayaran yang dimuat naik dalam media sosial, antara menu yang ditempah pelanggan itu termasuk stik ‘golden tomahawk’ berharga 850 pound (RM4,841), 16 ketul baklava berharga 400 pound (RM2,279) dan tiga pinggan kentang goreng berharga 30 pound (RM171).

Selain itu, pelanggan tersebut juga menempah sejumlah hidangan sayuran bernilai 12 hingga 18 pound (RM68 hingga RM102) termasuk cendawan dan brokoli.

Selebihnya, pelanggan tersebut membelanjakan duitnya untuk membeli minuman beralkohol yang berjumlah 30,620 pound (RM174,474). Biarpun ramai menyifatkan hidangan di restoran itu sedap, namun masih tidak berbaloi dengan harganya yang terlalu mahal.

Dakwa padam komen negatif

Namun, ada juga yang berpandangan sebaliknya, restoran itu didakwa memadam semua komen negatif yang dimaklumkan pelanggan mengenai kualiti dan rasa hidangan yang disediakan.

Harga tidak masuk akal itu secara tidak langsung menjadikan restoran Salt Bae atau nama sebenarnya, Nusret Gokce Erzurum menjadi popular dalam kalangan rakyat Britain.

Sumber: Utusan