“Terasa sebak, nak nangis…” Anak muncul buat kejutan pada mak ayah

“Terasa sebak, nak nangis…” Anak muncul buat kejutan pada mak ayah

Dalam keadaan seperti sekarang ini, ramai yang terpaksa tinggal berjauhan dengan keluarga demi tuntutan kerja dan sebagainya. Sama juga seperti situasi yang dikongsikan lelaki ini yang terpaksa berjauhan dengan keluarga selama tujuh bulan.

Selepas selesai menjalani latihan rekrut polis baru-baru ini, lelaki ini telah melakukan satu kejutan pada ibu bapanya. Dia dengan adik beradik yang lain merahsiakan kepulangannya dari orang tua mereka sebagai satu kejutan.

@sharulafiq

Alhamdulillah🤲🏻 menjadi jugak surprise kepulangan adik ku untuk ke dua ibu bapa kami😭 #fyp #fypシ #foryou #explore fyp please kawan” semua🥰

♬ Ayah – Seventeen

Di dalam video yang dikongsikan ini, lelaki itu yang lengkap memakai seragam beruniform muncul di rumahnya. Sebaik saja berjumpa ibu bapanya, dia terus memberikan tabik hormat dan segera memeluk kedua orang tuanya itu.

Lebih menyentuh hati, hari kepulangannya itu adalah hari ulangtahun kelahirannya dan ayahnya sendiri. Ibunya juga ada memasak makanan kegemarannya selepas diminta oleh adik beradik lain yang kononnya akan dihantarkan kepada lelaki itu.

Reaksi kedua ibu bapanya yang nyata terkejut turut menyentuh hati netizen apabila video tersebut menerima lebih satu juta tontonan setakat ini. Ada juga netizen yang meluahkan rasa rindu mereka kepada ibu bapa masing-masing selepas sekian lama tidak dapat pulang ke kampung.