Teman lelaki takut nak bagitahu, gadis sedih pasangan juga pembawa penyakit Talasemia

Teman lelaki takut nak bagitahu, gadis sedih pasangan juga pembawa penyakit Talasemia

Sedia maklum, jika seseorang itu adalah pembawa Talasemia, cara untuk mengesan hanyalah dengan menjalani ujian saringan oleh pihak perawat bertauliah dan jika mengahwini seseorang yang mempunyai penyakit ini, gen Talasemia ini boleh ‘menurun’ kepada anak-anak serta akan membawa kemudaratan kepada mereka.

Perkara ini bukanlah sesuatu yang sering dicerita ramai, akan tetapi seorang pengguna TikTok ada berkongsikan sebuah cerita yang menyayat hati ramai.

Ketika cinta sedang berputik bersama pasangan kekasih, semuanya musnah apabila beliau mendapati pasangannya itu juga merupakan pembawa penyakit tersebut.

https://vt.tiktok.com/ZSeQXSeVW/

Menyedari keputusan untuk meneruskan percintaan bersama adalah mustahil serta mengenangkan nasib bakal anak-anak, perpisahan merupakan keputusan jalan yang terbaik yang mereka fikirkan.

Melalui paparan mesej yang dikongsikan oleh wanita tersebut, lelaki terbabit sudah tahu lama mengenai penyakitnya ini tetapi bimbang untuk memberitahu lebih awal.

Meninjau di ruangan komen hantaran video tersebut, rata-rata netizen mendoakan agar wanita ini tabah menghadapi ujian yang dilalui serta ramai juga yang berkongsikan kisah keluarga mereka yang menghidap Talasemia.

Komen TikTok

COMMENTS