Teman lelaki Siti Nuramira mengaku tidak bersalah menghina islam
Seorang penulis bebas berusia 38 tahun didakwa di mahkamah seksyen hari ini atas dua pertuduhan memuat naik kandungan menghina di media sosial.
Menurut laporan FMT, Alexander Navin Vijayachandran mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan dihadapan hakim Azrul Darus.
Dia yang dipercayai teman lelaki Siti Nuramira Abdullah, wanita di tengah-tengah kegagalan Crackhouse Comedy Club, yang didakwa di Kuala Lumpur awal hari ini atas tuduhan menghina Islam berikutan video berdurasi 54 saat, yang tular di media sosial.
Bagi pertuduhan pertama, Alex didakwa berkongsi hantaran di akaun Instagram pada 5 Jun dengan niat untuk menghina orang.
Seterusnya, dia turut didakwa berkongsi kandungan melalui akaun Youtube miliknya bertarikh 16 Jun dengan niat untuk menghina orang lain.
Pertuduhan itu didakwa mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, membawa hukuman penjara maksimum setahun, denda RM50,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
Foto MalaysiaGazatte/Mohd Adzlan
Hakim Azrul Darus membenarkan Navin diikat jamin RM20,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 1 Sept untuk sebutan kes.
Kes pendakwaan tersebut dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Mohamad Firdaous Mohamed Idris, manakala Navin diwakili R Sivaraj.
Terdahulu, tular satu video di media sosial memaparkan wanita terbabit yang berpakaian sopan mengaku seorang Muslim dan menghafal 15 juzuk al-Quran sebelum menanggalkan baju kurung dan tudungnya di khalayak penonton.
Sumber: FMT Faisal Asyraf