Telatah Pak cik excited cuba baju raya baru, “senyum sampai ke telinga”

Telatah Pak cik excited cuba baju raya baru, “senyum sampai ke telinga”

Bila tibanya hari raya, pastinya anak-anak gembira dan tidak sabar untuk meraikannya. Ini kerana pada sambutan hari kemenangan buat umat Islam ini biasanya disambut dengan meriah sekali. Persalinan baru, rumah dihiasi indah dan pelbagai makanan enak turut disediakan.

Namun begitu, kali ini seorang pak cik pula nampaknya gembira bila cuba baju raya baru. Dalam rakaman yang tular itu kelihatan seorang lelaki yang agak berusia sedang mencuba baju raya baru dan menari kegembiraan sambil tayang pakaiannya itu.

Telatah pak cik cuba baju baru ini dirakamkan oleh ahli keluarganya sendiri dan kemudiannya dimuat naik di satu akaun Tiktok bernama Hannymaru baru-baru ini. Berikut adalah rakaman tersebut yang telah mencuri perhatian ramai:

@hannymaru1

Ni la Sebab kenapa suka sgt bagi dia hadiah…kalau dpt hadiah dia senyum jee lepas tu happy sorang2 😂😂😂

♬ original sound – Hannymaru – Hannymaru

Amboi pak cik bukan main seronok dan gembira lagi dapat baju raya baru ya! Perkongsian rakaman telatah pak cik cuba baju raya baru ini telah meraih hampir dua juta tontonan dan 300 ribu likes. Rata-rata warganet terhibur menyaksikan gelagat sempoi pak cik ini dan meninggalkan reaksi mereka mengenainya di ruangan komen.