Telatah Lara Alana bacakan buku untuk adiknya curi perhatian ramai
Siapa sahaja yang tidak mengenali pasangan selebriti terkenal, Awal Ashaari dan Scha Alyahya ini. Pasangan ini baru sahaja menyambut ulangtahun perkahwinan yang kesembilan baru-baru ini. Memiliki dua puteri, Lara Alana dan Lyla Amina, keluarga kecil ini sering sahaja mencuri perhatian ramai.
Baru-baru ini Scha Alyahya sendiri memuat naik di Instagram telatah dua anak mereka yang sangat comel dan adorable! Dalam rakaman itu kelihatan anak pertama mereka, Lara Alana bacakan buku untuk adiknya yang baru sahaja berusia beberapa bulan.
Alahai comel betul anak-anak Awal Ashaari dan Scha Alyahya ini! Si adik Lyla pun nampak berminat dengan apa yang dibacakan oleh si kakaknya itu. Apa-apa pun, perkongsian rakaman ini telah meraih lebih 300 ribu tontonan dan 42 ribu likes. Rata-rata warganet memuji kedua beradik ini dan meninggalkan reaksi mereka itu di ruangan komen.