Telatah ibu sebelum anaknya pergi sekolah buat ramai terhibur, “Percayalah mak takde kawan…”

Telatah ibu sebelum anaknya pergi sekolah buat ramai terhibur, “Percayalah mak takde kawan…”

Menghantar anak ke sekolah adalah salah satu langkah untuk mengajar mereka berdikari. Di sekolah pelajar dibiarkan untuk membuat keputusan sendiri dan berfikir sebelum bertindak dengan mengingati pesanan ibu bapa serta apa yang diajar oleh guru agar mereka tidak terlibat dalam masalah.

Kanak-kanak juga sangat mudah diperdayakan dan dipujuk dengan benda-benda menarik seperti gula-gula kerana mereka tidak mempunyai pengalaman berdepan dengan orang selain ahli keluarga sendiri.

Oleh itu setiap kanak-kanak pasti akan diberi amaran oleh ibu bapa mereka agar tidak percayakan sesiapa selain ahli keluarga sendiri, seperti yang dipesan oleh seorang ibu ini ketika menyiapkan anaknya untuk pergi ke sekolah.

Dalam video yang dikongsikan oleh pengguna Twitter Andikamalreza, seorang wanita bertanya kepada anak lelakinya yang ingin pergi ke sekolah, apa patut dilakukannya jika ada orang yang mengaku sebagai kawan ibunya dan ingin membawanya pulang.

Budak itu kemudian menjawab, “Awak penipu. Mak saya mana ada kawan”, mengundang dekah penonton kerana dapat relate dengan situasi ibu itu.

“percayalah sungguh mak ko takde kawan…”

“Siap bagi list nama lagi, siapa je yang boleh aku tumpang balik dari sekolah…”

“Ibu muda millenials introvert be like…”