Telatah Haris main2 ‘filter’ diminta tukar oleh Neelofa bikin terhibur

Telatah Haris main2 ‘filter’ diminta tukar oleh Neelofa bikin terhibur

Platform seperti Instagram antara yang juga cukup terkenal bagi ramai selebriti untuk lebih dekat berkomunikasi dengan para peminat mereka disamping dapat berkongsikan sendiri perkembangan kerjaya mereka.

Tidak hanya itu, dengan adanya ciri IG live membuatkan kebanyakan selebriti juga lebih mudah untuk berkongsikan pelbagai info seperti yang sering dilakukan oleh pasangan selebriti usahawan, Neelofa dan Haris Ismail atau turut dikenali sebagai PU Riz.

Boleh dikatakan, ramai juga peminat dan pengikut mereka yang semakin kenal dengan perangai lucu pasangan bagai pinang dibelah dua ini.

IMG_20220103_093828

Jika beberapa hari lalu tular Haris Ismail diusik Neelofa kini terbaru nampaknya sekali lagi gelagat mereka mencuit hati warganet selepas dikongsikan semula oleh individu atas nama akaun, Ainunumirah di TikTok.

Menerusi video memaparkan Haris Ismail yang sedang dalam sesi IG live dan apa yang melucukan dia menggunakan filter yang akhirnya ditegur oleh Neelofa untuk menukarnya.

@ainunumirah___Haha garang betul bunyinya tu. Tejut pak ustad 🤣🤣 haa ok ok . Terus tukar filter 😂😂 #neelofa #puriz #harisismail #neelofafans #fyp #foryou

♬ bunyi asal – ainunumirah – ainunumirah

 

Rakaman yang mencuri tumpuan warganet itu ternyata dengan pantas pula menerima pelbagai komen lucu yang terhibur dengan Neelofa dan suaminya manakala ada juga yang mulai perasan Haris Ismail suka bermain filter dalam sesi IG live sekali gus menghiburkan ramai.

“Hahaha aku tak leh laaa…”

HarisIMG_20220106_084951

“Dia ni suka betul main filter…”

IMG_20220106_085042Haris

“Hahaha lawak”

IMG_20220106_084930