Telatah budak naik basikal pakai mask, hujung video bikin geram!

Telatah budak naik basikal pakai mask, hujung video bikin geram!

Masa zaman kanak-kanak dulu bila ayah atau abang ajak bonceng basikal memang rasa seronok bukan kepalang. Manakan tidak, tak perlu bersusah payah mengayuh, duduk sahaja dan sudah dapat menikmati angin sepoi-sepoi bahasa di muka.

Mungkin inilah yang dirasakan oleh seorang anak kecil yang membonceng basikal bersama bapanya. Rakaman telatah budak naik basikal pakai mask ini telah mencuri perhatian ramai.

Screenshot at Jun 29 08-24-48

Mungkin sahaja si cilik ini dipakaikan mask kerana penularan virus yang berleluasa kini. Namun apa yang mencuri perhatian ramai adalah apabila si kecil ini hanya melentuk kepalanya bila berada di atas basikal tersebut.

Disangkakan sudah tertidur kerana mask yang menutupi hampir keseluruhan mukanya, namun di akhir video boleh tengok muka ‘nakal’ anak kecil ini. Berikut adalah telatah budak naik basikal pakai mask ini yang dimuat naik di Tiktok oleh pengguna dengan nama akaun Itsfayiza:

@itsfayiza

Reply to @aifhaazis kita pun ingat dia tidur rupanya… 😂

♬ original sound – Itsfayiza – Itsfayiza

Alahai, akhir sekali comel betul gelagat anak kecil ini! Perkongsian rakaman ini telah meraih lebih 2.5 juta tontonan. Tinjauan di ruangan komen, rata-rata warganet meninggalkan reaksi mereka seperti berikut:

“Alahai comeinya…Pandai pulak tu prank orang”

Telatah Budak Naik Basikal 3

“Asal comey sangat dengan senyum tu alahaii”

Telatah Budak Naik Basikal 2

“Alah2 comei nye dia. Seronok sangat tu kena angin hihi”

Telatah Budak Naik Basikal 1