Telatah bayi baru lahir ini buat ramai terhibur, “Leher dia lagi kuat dari ekonomi…”

Telatah bayi baru lahir ini buat ramai terhibur, “Leher dia lagi kuat dari ekonomi…”

Apabila bercakap tentang bayi baru lahir, tentunya ramai di antara kita yang akan membayangkan bunyi tangisan atau wajah tenang bayi yang sedang tidur kerana kepenatan. Beberapa jam selepas bayi dilahirkan adalah detik di mana ibu bapa dan doktor sering terkejut melihat reaksi lucu mereka.

Seperti yang dapat dilihat dalam sebuah video yang tular di Twitter baru-baru ini pula, seorang ibu ternganga melihat anaknya yang baru lahir begitu ‘aktif’ dan tidak ingin tidur

Video yang dikongsikan oleh pengguna TikTok Lifewithjameson itu membuat ramai terhibur dengan telatah lucu bayi tersebut yang tekad ingin mengangkat kepalanya seperti mencari sesuatu.

 

@lifewithjameson

We’re going to have our hands full with this guy 😅☺️ #fyp #foryoupage #crazy #KeepItRealMeals #babyboy #boydad

♬ Quirky – Oleg Kirilkov

Apabila ibunya memaksa dia meletakkan kepala untuk tidur, bayi tersebut mengangkat semula kepalanya membuat ibunya terhibur, begitu juga dengan penonton. Video tersebut disertakan dengan kapsyen “Hanya selepas beberapa jam dilahirkan, bayi-bayi pandemik adalah baka yang berbeza…”

Seorang netizen yang meninggalkan komen berkata bayi memerlukan 3 bulan untuk mempunyai kekuatan mengangkat leher seperti itu, sementara seorang pakar pediatrik pula berkata perkara itu adalah normal bagi bayi yang ingin mencari susu ibunya.

 

“Leher dia lagi kuat dari ekonomi…”

 

“Dia boleh mula kerja hari Isnin…”