Telatah anak Shaheizy Sam buat swab test, “Nak teriaq ka nak join tepuk tangan”

Telatah anak Shaheizy Sam buat swab test, “Nak teriaq ka nak join tepuk tangan”

Musim pandemik sekarang ini memang ramai yang sudah mengambil langkah berjaga-jaga. Tiada siapa yang mahu keluarga dan orang tersayang mereka dijangkiti Covid-19 yang berisiko boleh membawa maut ini.

Malah baru-baru ini seorang pelakon dan usahawan, Shaheizy Sam sekeluarga membuat swab test untuk mengesan virus merbahaya ini. Mungkin sahaja sebagai salah satu langkah berjaga-jaga.

 

Namun begitu video yang dikongsikan selebriti ini telah mencuri perhatian ramai. Semuanya gara-gara anak Shaheizy Sam, Mima buat swab test yang kelakuannya membuatkan ramai tertawa.

Dalam rakaman tersebut pada awalnya kelihatan anak sulung Shaheizy Sam buat swab test. Kemudian diikuti anak kedua mereka Mima. Namun apa yang mencuri perhatian ramai adalah telatah Mima yang pada awalnya takut namun turut ikut ibunya yang bersorak selepas dia berjaya melaluinya.

Berikut adalah rakaman telatah anak Shaheizy Sam buat swab test yang dimuat naik di Instagram milik selebriti ini:

 

Perkongsian rakaman telatah anak Shaheizy Sam buat swab test ini telah meraih lebih 300 ribu tontonan dan 47 ribu likes. Rata-rata warganet terhibur dengan rakaman ini dan meninggalkan reaksi mereka di ruangan komen seperti berikut:

“Cute laa mimaa confuse..Nak teriaq ka nak join tepuk tangan”

Mima Buat Swab Test 3

“Yang bapaknya pun lawak jugak”

Mima Buat Swab Test 2

“Hahaha comel. Nangis jugak, tepuk tangan tu wajib”

Mima Buat Swab Test 1