Teka-teki terjawab.. Hawa Rizawana diumum sebagai pengacara tetap MeleTop

Teka-teki terjawab.. Hawa Rizawana diumum sebagai pengacara tetap MeleTop

Nama pengacara dan penyampai berita, Hawa Rizwana menjadi bualan netizen apabila dia dikatakan bakal menjadi pengacara tetap bagi program MeleTOP yang akan diumumkan pada hari ini.

Mana tidaknya, menerusi hantaran dimuat naik oleh MeleTOP di laman Instagramnya, seolah-olah memberi gambaran mengenai hos wanita yang akan digandingkan dengan Nabil Ahmad. Ia secara tidak langsung akan menggantikan Neelofa.

 

Teka-teki terjawab, memang benar Hawa Rizwana jadi hos tetap!

Terbaharu, teka-teki mengenai hos tetap bagi program hiburan MeleTOP akhirnya terjawab selepas nama personaliti televisyen, Hawa Rizwana itu disebut oleh Nabil Ahmad.

Pengumuman itu dibuat sebentar tadi yang dibuat secara langsung sehingga menerima tepukan gemuruh. Malah, detik tersebut tuurt dikongsikan semula di laman Instagram MeleTOP.

“Dua tiga kucing berlari, manakan sama si kucing belang. Dua tiga boleh ku cari, mana nak sama hos ku seorang! Agituuuu min pon berpantun! Tu dia hos baru kita, Hawa Rizwana,”tulisnya.

 

Tahniah!

Rata-rata netizen termasuk rakan artis mengucapkan tahniah kepada Hawa kerana dilantik sebagai hos tetap program MeleTOP.

Sekadar info, sejak pengunduran Neelofa sebagai hos pada Disember 2019, program MeleTOP tidak menemui pengganti wanita baharu, sebaliknya digantikan dengan pengacara jemputan pada setiap minggu.

Sumber: Instagram @meletop