Tegar Septian live bersama kekasih baharu, bekas isteri dipuji tenang & matang minta nafkah anak
Penyanyi Indonesia, Tegar Septian yang baru sahaja bercerai dengan bekas isterinya 4 bulan lalu telah membuat satu ‘live’ di Instagram yang turut disertai kekasih barunya.
Nafkah untuk anak
Menerusi sesi ‘live’ terbabit, Tegar dilihat sedang berdua-duaan dengan seorang gadis dipercayai kekasih barunya. Namun reaksi tenang dan bersahaja bekas isterinya itu mencuri tumpuan netizen. Pada masa sama, satu perbincangan agak serius berlangsung antara mereka berkenaan isu nafkah untuk keperluan anak tunggal mereka yang semakin membesar.
Kalau Tegar ada duit, tolong sangat ya ‘transfer’ terus ke Umi aku. Keperluan anak banyak sangat sejak dia makin membesar.
Bukan itu sahaja, wanita bernama Sarah Sheilka itu juga menasihati teman wanita kepada bekas suaminya itu agar dapat melengkapi dan membantu segala kekurangan Tegar. Malah, dia yang menganggap dirinya sebagai sahabat turut menitipkan pesan buat Tegar dan kekasihnya Olla.
Menjengah ke ruangan komen, kebanyakan netizen menyifatkan bekas isterinya itu berperwatakan matang berbanding Tegar. Hal ini kerana, ayat-ayat yang dituturkan tidak beremosi dan sangat menjaga hati pasangan kekasih itu.
Video
@memelz0 penyanyi tegar sama cewek baru, Olla, live dengan bekas isteri,sarah. #fyp #fypシ #artisindonesia #tegarseptian #sarahsheilka
Sumber: Tiktok