Tayar yang sudah tidak sesuai digunakan? Jangan ambil mudah, Mekanik ini kongsikan..

Tayar yang sudah tidak sesuai digunakan? Jangan ambil mudah, Mekanik ini kongsikan..

Tayar merupakan salah satu komponen paling utama bagi sebuah kenderaan. Komponen ini juga berkait rapat dengan keselamatan memandu selain sistem brek dan lampu.

Selain dapat membuat kereta bergerak, tayar juga berperanan untuk menghentikan kenderaan anda dalam situasi kecemasan. Jika tayar tidak diselenggara dengan baik, ia mungkin boleh menyebabkan kemalangan yang mengancam nyawa.

Mungkin ramai di antara kita yang tidak tahu bagaimana untuk menilai tayar dalam keadaan baik atau tidak. Oleh itu, kita selalu berlengah-lengah untuk menukar tayar.

Tidak sedikit yang sanggup membeli tayar terpakai tanpa menyedari tayar yang dibeli sudah tidak selamat digunakan atau tamat tempoh.

Video yang dikongsikan oleh pengguna TikTok melalui akaun @abangcomot ini mungkin dapat membantu anda mengetahui bila tayar kenderaan patut ditukar.

Mari kita ikuti perkongsian akaun ini yang mungkin ramai daripada kita tidak tahu.

@abangcomot

Reply to @kaklong_zurah contoh tayar yang tak bagus digunakan #tanyaabgcomot #sekupang #abgcomot

♬ Nhún Vai Challenge – ✨ⲘⲒR ⲆⲞRⲀⲘ✨

Seperti yang dikongsikan dalam video di atas, antara tanda tayar yang sudah tidak sesuai digunakan adalah seperti berikut:

  1. Garusan permukaan tayar semakin tak nampak
  2. Garus melintang sama paras dengan permukaan tayar
  3. Ada garis-garis halus di bahagian tepi tayar

Sekiranya tanda-tanda ini sudah ‘muncul’ pada tayar kenderaan anda, adalah dinasihatkan untuk menggantikannya supaya kejadian tidak diingini tidak berlaku.