“Tayang kereta mewah tapi duduk rumah sewa” Michael Ang pelik sikap suka ‘menayang’

“Tayang kereta mewah tapi duduk rumah sewa” Michael Ang pelik sikap suka ‘menayang’

Penerbit dan pengarah drama terkenal, Michael Ang memang dikenali dengan sikapnya yang lantang memberikan pendapat mengenai isu semasa yang berlaku dalam negara.

Terbaru, dia tampil meluahkan rasa pelik dan hairan dengan sikap rakyat Malaysia yang gemar menunjuk-nunjuk dan ‘menayang’ kemewahan di media sosial.

Katanya lagi, ada yang gemar mempamerkan kereta mewah dan barangan berjenama namun masih menetap di rumah sewa.

“Kenapa orang Malaysia sanggup tayang dan beli kereta mahal tapi duduk rumah sewa! Tayang kat media sosial pakai benda berjenama tapi pakai harta orang lain untuk tayang!”

Ujar Michael lagi, lebih baik membeli rumah untuk didiami daripada membeli kereta kerana harga aset tersebut semakin lama semakin meningkat dari tahun ke tahun.

“Dalam hidup ini tak berhutang, tak mencuri, tak menipu adalah kehidupan yang paling bahagia..” tulisnya lagi.

Meninjau ruangan komen, ramai peminat dan juga rakan artis turut berkongsikan pendapat yang sama dan bersetuju dengan kenyataan pengarah drama Angkara Cinta itu.

Dia dalam pada itu sempat mengucapkan selamat berpuasa kepada umat Islam yang menjalani ibadah tersebut dan berpesan agar memasak di rumah untuk mengelakkan keluar makan beramai-ramai dalam usaha untuk mengelakkan jangkitan COVID-19.