Tayang duit di Tik Tok konon hasil kerja keras, lelaki dicekup selepas kantoi merompak

Tayang duit di Tik Tok konon hasil kerja keras, lelaki dicekup selepas kantoi merompak

Sejak kebelakangan ini, semua lapisan masyarakat tanpa mengira umur mahupun pekerjaan seolah-olah berlumba untuk membuat content di aplikasi media sosial seperti TikTok. Gara-gara taksub mengejar cepat viral serta kadar ‘views’ yang mencanak tinggi, ramai dilihat mudah terjebak dengan trend mencetuskan risiko tinggi termasuklah menayang kemewahan secara terbuka.

Curi perhatian tayang duit ‘berkepuk-kepuk’ konon hasil titik peluh selama ini…bakal digunakan untuk bayar hutang

Terdahulu, seorang pemuda dari Thailand ini mencuri perhatian ramai pihak apabila mempamerkan beberapa bungkusan wang tunai melalui sebuah video yang dimuat naik ke TikToknya. Sambil mendakwa semua duit tersebut merupakan hasil kerja kerasnya sendiri, dia bahkan memberitahu kepada penonton bahawa ia digunakan untuk langsaikan kesemua hutangnya.

Konon Hasil Kerja Keras, Sekali Dicekup Bangga Tayang Duit Rompakan Di TikTok 2

Akhirnya ‘kantoi’ pamerkan hasil rompakan…bahkan siap pakai baju sama sewaktu lakukan jenayah

Memetik portal Bangkok Post, pemilik akaun TikTok itu bagaimanapun telah ditahan kerana disyaki terbabit dalam satu rompakan di sebuah syarikat logam pada 11 Ogos lalu. Rumahnya turut diserbu pihak polis yang berjaya menemui wang tunai berjumlah 220,000 baht (RM27.6 ribu) serta cek bernilai kira-kira 32 juta Baht (RM 4.022 juta). Bahkan, jersi bola dalam rakaman tersebut juga dipakai suspek sewaktu membuat kerja haram tersebut.

 

@surasak_764

นับตังกับบ้าน บ่าวอมตะชลบุรี หมุ่นโสดเมืองสุรินทร์

♬ เสียงต้นฉบับ – ทิด แอม – ทิด แอม

Buat kerja tak clean…bila orang kurang cerdik excited makan duit haram beginilah jadinya

Rentetan terbongkarnya rahsia sumber duit tersebut, klip video berkenaan tak semena-mena mendapat jumlah tontonan yang sangat luar biasa iaitu lebih 11.5 juta. Dalam pada itu, rata-rata netizen pula berseloroh dengan tindakan pemuda tersebut yang akhirnya memakan diri sendiri.

Konon Hasil Kerja Keras, Sekali Dicekup Bangga Tayang Duit Rompakan Di TikTok 3

Konon Hasil Kerja Keras, Sekali Dicekup Bangga Tayang Duit Rompakan Di TikTok 4

 

 

Konon Hasil Kerja Keras, Sekali Dicekup Bangga Tayang Duit Rompakan Di TikTok 5

Kredit : TikTok surasak_764 & Bangkok Post