Tasha Shila & suami sepakat pilih nama Raees Zander “Comel nama..”

Tasha Shila & suami sepakat pilih nama Raees Zander “Comel nama..”

Setelah genap seminggu menimang cahaya mata, pelakon Tasha Shila dan suami telah menamakan anak sulung mereka dengan nama Raees Zander.

Perkara tersebut diumumkan Tasha menerusi sebuah hantaran di Instagram untuk tatapan peminat dan juga pengikut media sosialnya.

“Syukur Alhamdullilah, sempena hari ketujuh kelahiran anak saya dan suami @atiqidris, kami ingin perkenalkan “Raees Zander Bin Muhammad Atiq..”

Dia dalam pada itu memohon doa orang ramai terutamanya peminat agar mendoakan cahaya matanya itu supaya menjadi anak yang soleh, penyejuk mata hati kedua ibu bapa serta doa yang baik-baik.

Terdahulu, Tasha dan suami, Muhammad Atiq Idris telah mendirikan rumah tangga pada 23 Februari 2020 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki pada 25 April lalu.