Tarian pelbagai Etnik Sabah dari Bella Astillah, “Lemah lembut je tarian ni”

Tarian pelbagai Etnik Sabah dari Bella Astillah, “Lemah lembut je tarian ni”

Bella Astillah, nama yang tidak asing lagi dalam dunia hiburan dan media sosial. Selepas segala onak duri dalam urusan rumahtangganya yang lalu, Bella Astillah menjadi salah seorang yang dikenali ramai di media sosial. Namun itu semua kisah lalu.

Bagaimanapun, terbaharu figura ini memuat naik rakaman tarian pelbagai etnik Sabah darinya menerusi laman Instagram miliknya. Dalam video itu, beberapa gaya tarian dari pelbagai etnik Sabah ditunjukkan oleh wanita ini.

Dari Sumazau, Sazau, Murut dan banyak lagi. Berikut adalah perkongsian tarian pelbagai etnik Sabah dari Bella Astillah ini:

Alahai comel je gaya Bella Astillah dalam persalinan pakaian tradisi negeri di bawah bayu ini. Apa-apa pun perkongsian Bella Astillah ini memberikan manfaat kepada orang ramai untuk lebih mengenali adat dan budaya di Sabah.

Difahamkan video ini ada turut disertakan #DansaTradisiChallenge membolehkan orang ramai untuk turut sertai cabaran ini. Jom ramai-ramai perkenalkan tarian budaya masing-masing!

Video yang dimuat naik oleh Bella Astillah ini telah meraih lebih 229 ribu tontonan dan 50 ribu likes. Rata-rata warganet memuji inisiatif Bella Astillah ini dan meninggalkan reaksi mereka di ruangan komen seperti berikut:

“Wow banyak jugak jenis”

Tarian Pelbagai Etnik Sabah 3

“Cantik je tariannya…Lembut sopan ditambah dengan teratur. Terbaikk”

Tarian Pelbagai Etnik Sabah 2

“Lemah lembut je tarian ni”

Tarian Pelbagai Etnik Sabah 1