“Target 100pcs cincin kakak tercapai!”, cara wanita ini simpan emas raih pujian

“Target 100pcs cincin kakak tercapai!”, cara wanita ini simpan emas raih pujian

Geramnya tengok banyaknya cincin yang dimiliki wanita ini. Agaknya bila dijual tentu puluhan ribu. Nyata pelaburan emas boleh jadi menjadi keuntungan jika disimpan dalam tempoh jangka masa tertentu.

Statistik dan fakta telah terbukti. Hadith riwayat Rasululllah pun ada menyebut tentang pelaburan emas dan perak (dinar dan dirham) adalah simpanan yang baik.

Menarik dengan perkongsian Mat Isa Harisyah dengan koleksi cincin pelbagai bentuk sehingga menarik perhatian warganet. Katanya meluahkan rasa syukur setelah mencapai impian memiliki 100 bentuk cincin.

Jom lihat caranya membuat simpanan begini.

Miliki 100 bentuk cincin sebagai simpanan 
Takde apa kakak nak update tapi saja nak share target 100pcs cincin kakak dah tercapai! Alhamdulillah… Eloklah harga emas pun dah naik mencanak ye tak?
Tapi kalau mmg niat nak saving emas, harga naik ke turun ke tetap usaha simpan emas walaupun brg kecik² atau gram sikit²
Emas naik ke turun ke kakak tak kisah cuma bila nak guna dana baru akak “cairkan” saving yg ada. Samada jual atau pajak kita buatlah kira² sendiri…
Jom telek² belek² kut ada yg sama!
Beli bila ada duit lebih
Dalam pada itu, dia tidak menyangka posting itu telah meraih perhatian warganet. Juga memberitahu pembelian cincin berkenaan adalah ketika mempunyai lebihan duit dan lebih gemar membeli cincin preloved.

 

Idola!

Melihat foto berkenaan dan kapsyen kata-kata motivasi, warganet  mula bersemangat untuk melakukan perkara yang sama setelah melihat pelbagai bentuk cincin dengan jumlah yang banyk dimiliki wanita berkenaan.

 

 

Sumber: Mat Isa Harisyah