Tangkap sendiri ‘Scammer’ baju raya miliknya, Caprice beri amaran keras
Penyanyi rap terkenal, Caprice dilaporkan telah berjaya menangkap penipu ataupun ‘scammer’ yang cuba menjual baju raya keluarannya.
Perkara tersebut diumumkan Caprice menerusi sebuah hantaran di Instagram miliknya di mana dia ada memberitahu bahawa sudah memberi amaran kepada individu tersebut untuk tampil menyerah diri namun tidak diendahkan.
Dia dalam pada itu turut memberi amaran kepada mereka di luar sana yang mencuba untuk menjadi ‘scammer’ agar menyerah diri dan berhenti daripada melakukan perkara haram tersebut.
Caprice juga sempat mengucapkan terima kasih kepada mereka di luar sana yang turut membantu dalam mengesan lokasi dan keberadaan lelaki tersebut sehingga berjaya dicekup pihak berkuasa.
Sementara itu, di hantaran yang lain, Caprice berharap pihak polis lebih tegas dalam menangani masalah berkaitan mangsa penipuan jual beli seperti ini.