‘Tanggunglah sorang, tanggungjawab aku dah lepas’ – Dicerai talak satu ketika hamil

‘Tanggunglah sorang, tanggungjawab aku dah lepas’ – Dicerai talak satu ketika hamil

Setiap pasangan yang sudah berkahwin pasti impikan kehidupan yang bahagia sehingga hari tua kelak. Namun tidak semua pasangan dapat mencapai kebahagian berkenaan. Ada yang tersungkur di pertengahan jalan. Lebih perit lagi jika diceraikan ketika diri sedang hamil.

 

Kena cerai talak satu

Menerusi video yang telah dikongsikan oleh Emelin Salleh di akaun TikToknya, dia menceritakan mengenai dirinya yang diceraikan ketika sedang mengandung anak keduanya.

Dia bersama bekas suaminya itu mendirikan rumah tangga sejurus mengenali hati budi masing-masing. Namun segalanya musnah apabila dia dikatakant telah diceraikan dengan talak satu. Walau bagaimanapun, wanita tersebut kuat untuk menghadapi ujian yang dialami disebabkan oleh anak-anak.

Mama kena kuat untuk adik tau. Allah ada untuk kita. Mama kena kuat untuk adik awak lagi ini. Soon you gonna be kakak.

Dikatakan punca penceraian mereka adalah disebabkan wanita itu disahkan hamil anak kedua mereka. Namun dia terpaksa menggugurkan kandungan kerana takut terjejas kesihatan dirinya. Lebih menyedihkan lagi, apabila dia mengetahui bahawa kandungan berkenaan masih ada dan suaminya tidak mahu bertanggungjawab lagi.

‘Mama kuat untuk aira dengan baby dalam perut saja’

@emelinsalleh

Mama kuat untuk aira dengan baby dalam perut saja 🙂 kena cerai masa pregnant 😔💪🏻 semoga terus kuat

♬ bunyi asal – zulaika Yanur🎧 – BuNgA🌼👸🏻

@emelinsalleh

kuat demi aira batrisya ☺

♬ original sound – Emelin Salleh – Emelin Salleh