Tangan patah akibat langgar lari, Pak Cik terpaksa tanggung derita tak mampu ke hospital
Di TikTok seorang wanita berkongsikan kisah sedihnya bertemu dengan pak cik tua di sebuah kaki lima yang dipercayai mengalami kecederaan tangan patah selepas dilanggar lari dengan sebuah penunggang motosikal beberapa minggu lepas namun masih tidak mendapat rawatan.
Tak mampu ke hospital
Difahamkan pak cik berkenaan masih belum mendapatkan rawatan di hospital atau mana-mana institusi kesihatan kerana tidak mampu untuk membayar kos pembiayaan untuk merawat tangannya jelas kelihatan dalam video sudah lembik.
Wanita berkenaan juga terkejut saat mendapat jawapan dari pak cik itu yang dia tidak mendapat apa-apa bantuan walaupun sudah beberapa kali membuat permohonan namun tidak berjaya.
Isteri lari bersama anak
Malah, pak cik ini turut mendedahkan bahawa isterinya juga telah melarikan diri bersama anak menyebabkan dia kini hanya tinggal berseorangan tanpa keluarga di sisi.
Ujarnya lagi di bahagian komen, dia dan keluarga akan berjumpa sekali lagi dengan pak cik berkenaan untuk menghulurkan sedikit bantuan kepadanya selepas mendapat respon yang positif dari orang ramai yang turut bersimpati dengan nasibnya.
Terima kasih kak sebab dapat berjumpa dengan pak cik ni. Insya-Allah urusan duit tu boleh dibantu serba sedikit. Semoga dimudahkan segala urusan akak.
Video
@rainapenang aku serius nak tolong, tpi sapa yg ptt aku rujuk? #fyppppppppppppppppppppppp #tiktokmalaysia #masukberanda #fypシ
Sumber: TikTok