Tanah runtuh di Taman Bukit Permai 2 Ampang

Tanah runtuh di Taman Bukit Permai 2 Ampang

Ampang: Polis mengesahkan terdapat lima mangsa tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Jalan Teratai 1/2 J, Taman Bukit Permai di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, terdapat lima mangsa membabitkan empat lelaki serta empat wanita.

“Seorang lelaki berusia 84 tahun berjaya diselamatkan pada 6.54 petang, manakala seorang lagi mangsa wanita baru sahaja ditemui sebentar tadi dipercayai isteri kepada mangsa pertama.

“Operasi mencari dan menyelamat (SAR) sedang dijalankan bagi mencari tiga lagi mangsa termasuk seorang pekerja penyelenggaraan syarikat utiliti,” katanya ketika sidang media di lokasi kejadian.

Terdahulu, Harian Metro melaporkan kejadian itu turut menyebabkan 15 rumah tertimbus di lokasi berkenaan.