Kementerian Luar (Wisma Putra) mengesahkan tiga warga Singapura ditemui selamat dalam kejadian tanah runtuh di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm, Batang Kali, awal pagi Jumaat.Kementerian dalam satu kenyataan pada Sabtu memaklumkan kerajaan Malaysia bertindak pantas dalam memastikan semua yang terjejas akibat tragedi itu diberi bantuan segera.”Marilah kita semua berdoa untuk keselamatan mangsa yang terjejas dan mereka yang menjalankan operasi mencari dan menyelamat,” menurut kenyataan itu.

Wisma Putra turut merakamkan ucapan takziah dan simpati kepada mangsa dan keluarga yang kehilangan orang tersayang dalam insiden tragis berkenaan.

Anggota bomba menyambung misi mencari dan menyelamat ketika tinjauan di lokasi kejadian tanah runtuh di Father Organic Farm Batang Kali. Foto Bernama
Anggota bomba menyambung misi mencari dan menyelamat ketika tinjauan di lokasi kejadian tanah runtuh di Father Organic Farm Batang Kali. Foto Bernama

Kejadian tanah runtuh yang berlaku pada 2.42 pagi Jumaat melibatkan 94 individu termasuk pekerja tapak perkhemahan.

Setakat malam Jumaat, 12 orang dilaporkan hilang manakala 21 disahkan terkorban daripada keseluruhan 94 mangsa dalam kejadian itu. – Bernama