Tanah runtuh Batang Kali: mayat mangsa terakhir ditemui
Mayat mangsa ke-31 dan terakhir tragedi tanah runtuh di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm, Jalan Batang Kali – Gohtong di sini, berjaya ditemui hari ini.
Difahamkan, mayat kanak-kanak lelaki itu ditemui pasukan mencari dan menyelamat (SAR) kira-kira jam 4.50 petang.
#BatangKali Kenderaan bomba membawa mayat mangsa ke khemah Pasukan Pengecam Mangsa Bencana (DVI) sejurus ditemui pada jam 4.50 petang tadi. pic.twitter.com/3BN3hpSZJt
— Berita Harian (@bharianmy) December 24, 2022
Mayat mangsa dipercayai ditemui di Sektor A kerana usaha pencarian pada hari ini ditumpukan di sektor berkenaan.
Difahamkan mayat mangsa, yang juga seorang kanak-kanak lelaki dianggarkan berusia 11 tahun itu dibawa ke Hospital Sungai Buloh (HSB) untuk proses bedah siasat dan pengecaman.