Tampil ‘daring’ ketika bercuti di Langkawi, Nora Danish tutup komen

Tampil ‘daring’ ketika bercuti di Langkawi, Nora Danish tutup komen

Nampaknya imej seksi pelakon cantik, Nora Danish masih menjadi topik bualan pada minggu ini. Belum selesai isu gambar tayang punggung yang dimuat naik sebelum ini, Nora kembali ‘menyegarkan’ mata netizen dengan penampilan daring sewaktu bercuti di Langkawi.

Penampilan lain macam

Pelakon drama Covid Oh Covid ini dilihat bercuti bersama suami, anak serta rakan di tempat peranginan tersebut seusai pihak kerajaan membenarkan gelembung pelancongan di pulau berkenaan dimulakan 16 September 2021.

Namun, ‘outfit’ yang dipakai Nora kembali menjadi sorotan ramai kerana begitu mencolok mata mereka yang melihat.

 

Sedih tengok pakaian

Walaupun telah menutup ruangan komen disebabkan penampilannya yang agak ‘daring’, beberapa komen pedas telah terlepas di posting sebelumnya.

Seperti biasa, kecaman-kecaman yang diterima banyak melibatkan penampilan pelakon berusia 39 tahun itu yang kurang bersesuaian dengan dirinya yang beragama Islam.

 

Teringat time khatam haritu

 

“Tutup komen takut kena kecam ke tu?”

Pemandang cantik sangat

 

Walau bagaimanapun, Nora tetap memuat naik gambar percutiannya di Instagram tanpa menghiraukan kecaman-kecaman tersebut.

Selain daripada penampilannya yang seksi, gambar-gambar di pulai percutian tersebut sememangnya cukup indah lebih-lebih lagi tempat penginapan mereka sekeluarga adalah di hotel mewah betul-betul berhadapan dengan pantai.

 

 

Sumber: Instagram Nora Danish