Tampil berhijab, Cita Citat tinggalkan dunia dangdut

Tampil berhijab, Cita Citat tinggalkan dunia dangdut

Penyanyi dangdut Indonesia, Cita Citata tampil dengan imej baharu dan mengambil keputusan untuk berhijab. Menerusi laporan Hot.detik, penyanyi berusia 27 tahun itu memberitahu dia berhijab tanpa paksaan mana-mana pihak.

Mahu beralih ke genre pop

Menurut Cita Citata, dia sudah lama memasang impian untuk berimej sedemikian. Bukan itu sahaja, pelantun suara ‘Goyang Dumang’ itu turut membuat pengumuman untuk meninggalkan muzik dangdut yang selama ini mempopularkan namanya. Ujar Cita Citata, dia mahu beralih ke genre pop.

Sebenarnya sudah lama saya berkeinginan untuk memakai hijab sejak dahulu lagi tanpa paksaan daripada orang lain. Mungkin hubungan saya dengan kekasih, Didi Mahardika (ahli politik) turut menjadi antara faktor yang mendorong saya untuk mengubah imej yang lebih baik. Tetapi dia tidak pernah memaksa saya untuk berhijab.

Benar. Saya tidak lagi menyanyikan lagu dangdut. Sebenarnya sejak dari awal tahun lalu saya sudah melancarkan dan fokus dengan lagu pop. Saya juga tidak lagi menerima tawaran untuk membuat persembahan menyanyikan lagu-lagu dangdut.

Tambah Cita Citata, dia mahu mengembangkan lagi bakat nyanyiannya menerusi genre muzik berbeza.

Puas jadi penyanyi dangdut

Saya sudah puas menjadi penyanyi dangdut. Biarlah perkara itu menjadi antara kenangan dalam hidup saya. Sekarang saya mahu mempamerkan bakat nyanyian menerusi genre muzik pop pula.

Pada masa sama, Cita Citata turut mengakui sukar untuknya memperkenalkan sisi baharu sebagai penyanyi pop ekoran peminat sudah mengenalinya sebagai penyanyi dangdut.

Sangat susah untuk menarik perhatian peminat kerana mereka tahu saya merupakan seorang penyanyi dangdut. Saya masih orang yang sama, cuma berbeza genre muzik sahaja. Saya harap peminat dapat terus memberikan sokongan pada saya.

Sumber: Hot.detik