Taman Buaya Melaka anjurkan lawatan maya, “Menarik gilaaa!”

Taman Buaya Melaka anjurkan lawatan maya, “Menarik gilaaa!”

Di musim pandemik kini, sudah berbulan-bulan rakyat Malaysia tidak dibenarkan untuk merentas negeri. Hanya yang ada urusan rasmi dan sebab tertentu sahaja dapat kebenaran. Pastinya ramai yang mula rindukan suasana percutian jauh dari hiruk pikuk bandar.

Namun begitu, satu inisiatif yang dilakukan oleh Taman Buaya dan Rekreasi Melaka ini membuatkan ramai teruja. Idea inisiatif itu adalah lawatan secara maya ketika PKP kini. Dengan bayaran RM7 seorang, pelawat dapat membuat lawatan secara dalam talian menerusi Google Meet atau pun Zoom.

Sekadar hiasan / Kredit Giphy

Program ini akan diadakan dua sesi iaitu 11 pagi dan 2.15 petang. Menerusi poster yang dikongsikan itu akan ada aktiviti penerangan haiwan dan memberi buaya makan. Sudah semestinya memberi buaya makan ini ada secara dalam talian juga kan?

Berikut adalah perkongsian mengenai lawatan secara dalam talian yang dianjurkan oleh Taman Buaya Melaka ini:

Perkongsian ini sudah tentunya menarik perhatian ramai. Rata-rata warganet meninggalkan reaksi mereka seperti berikut:

“Weh bestnyaa jom online zoo date!”

Taman Buaya Melaka 4

“Boleh buat untuk virtual date”

Taman Buaya Melaka 3

“Weh menarik ni”

Taman Buaya Melaka 2

“Jom lah join guys..Boleh lah haiwan2 dapat makanan sedap-sedap. Tak payah penat jalan kaki panas-panas nak tengok haiwan…Atas katil pun boleh”

Taman Buaya Melaka 1