Takut hantu, Pelajar cina sanggup buka surah yassin di asrama
Baru-baru ini perkongsian di Tik Tok ini menjadi tumpuan ramai memaparkan gelagat seorang pelajar berbangsa Cina di sebuah asrama. Menerusi video yang dimuat naik ini, pemilik video berkongsikan gelagat rakan sebiliknya yang bukan beragama Islam melindungi dirinya dari gangguan hantu.
Lumrah semasa tinggal di asrama atau kolej kediaman, pastinya ada banyak kisah-kisah mengenai gangguan hantu yang menghantui para pelajar. Sama seperti pelajar berbangsa Cina ini yang takut diganggu dengan identiti mistik ini sehinggakan dia sanggup membuka surah Yassin di telefon pintarnya.
Malah dia turut membiarkan surah Yassin yang dipasangnya itu bergema di dalam biliknya gara-gara takut dengan gangguan tersebut. Tindakannya ini turut membuatkan pemilik video tidak henti-henti ketawa dibuatnya kerana terhibur melihat gelagat rakan sebiliknya ini.
@emadhakimiyy first time aku jumpa membe cina bukak surah yasin..🤣#fyp #fypage #fypdongggggggg
Malah dia juga memberitahu di ruangan kapsyen, ini merupakan kali pertama dia melihat rakannya yang bukan beragama Islam beralih kepada kitab Islam untuk melindungi diri dari gangguan roh jahat. Video yang dimuat naik ini juga turut menerima perhatian ramai dengan hampir sejuta tontonan setakat ini.
Meninjau di ruangan komen, kebanyakan netizen turut sama terhibur melihat cubaan pelajar berbangsa Cina ini melindungi dirinya. Dalam masa yang sama, ramai yang turut berkongsikan pengalaman melalui situasi yang sama dengan mereka yang bukan beragama Islam.
“Dulu kat asrama ada orang kena rasuk, satu asrama azan. Member cina aku pun ikut azan.”
“Takut betul tu sampai lupa dia tu cina.”
“Kat taman rumah aku developer cina bagi duit untuk surau buat bacaan yasin and doa selamat supaya project perumahan dia lancar.”
“Doctor oncall kat ward aku, dia cina. Nak tidur malam kat bilik rehat doktor, punya takut dia ambik yassin letak kat bantal dia.”
Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di bawah: