Tak tahan difitnah bekas suami dan kekasih, Lufya tampil bela diri bawa kes ke mahkamah

Tak tahan difitnah bekas suami dan kekasih, Lufya tampil bela diri bawa kes ke mahkamah

Pelakon dan penyanyi, Lutfyah binti Sheikh Omar atau Lufya hari ini telah hadir ke kompleks Mahkamah Petaling Jaya bagi menuntut keadilan ke atas beberapa dakwaan yang dibuat oleh bekas suami dan seorang pelakon wanita berkenaan dirinya.

Enggan diri dipijak2

Menerusi Instagram bekas peserta Akademik Fantasia itu, dia memaklumkan kesabarannya selama ini dengan tidak membalas segala tohmahan yang dilemparkan seakan dipermainkan.

Namun, disebabkan enggan perkara tersebut berulang dan maruah diri dipijak-pijak, Lufya tekad membela diri lebih-lebih lagi merasakan dirinya di pihak yang benar.

 

 

Laporan palsu dan fitnah keterlaluan

Dalam pada itu, dia juga memaklumkan yang segala dakwaan sebelum ini telah menyusahkan kehidupannya sebagai seorang ibu tunggal kerana dipanggil berulang-ulang kali oleh pihak berkuasa susulan daripada dakwaan membuat kecoh di klinik bekas suami serta menfitnah bakal isterinya yang juga seorang selebriti.

“Laporan palsu dan fitnah yang kamu lemparkan terhadap saya adalah keterlaluan. Kamu berdua telah menyusahkan saya dari segi masa, tenaga, wang ringgit dan menganggu tugas saya sebagai seorang ibu tunggal yang bekerja menyara anak.
“Beberapa minggu ini saya dipanggil berulang kali bagi membantu siasatan polis di Balai Sg. Buloh dan Kota Damansara berkenaan saya menggangu dan memfitnah seorang aktris baru. Saya juga dikatakan telah membuat kecoh dan menggangu bekas suami yang juga teman lelaki aktris itu di kliniknya sedangkan saya hanya hantar “ tulis Lufya.

Anggap alami gangguan siber

Susulan daripada itu, artis berketurunan Arab ini menjelaskan tidak akan berdiam diri sama sekali diatas segala fitnah yang dilemparkan kerana sudah tidak dapat bertahan lagi dengan gangguan yang dibuat oleh dua individu tersebut.

Jelasnya, dia ingin mendapatkan pembelaan ke atas kes ini kerana merasakan ia adalah satu jenayah buli, fitnah dan memburukkan namanya serta anak yang masih kecil.

“Saya ingin mendapatkan pembelaan tentang kes yang saya anggap jenayah cyber buli,memfitnah, memalukan dan merosakkan reputasi saya dan anak. Semoga diberikan kemudahan untuk saya membela diri. Aamin. Sekian” ujarnya lagi.

Terdahulu, bekas suami kepada Lufya iaitu Dr. Che Hafiz telah membuat satu laporan polis berhubung gangguan yang dibuat oleh selebriti itu terhadap bakal isteri serta dirinya berupa fitnah dan tohmahan tentang nafkah anak.

Dia akui kesal dengan tindakan Lufya yang telah berbohong tentang nafkah anak mereka iaitu Laana Haura sehingga dia mendapat kecaman daripada masyarakat.

 

Sumber: Instagram Lufyaalaana