Tak sempat sambut ‘birthday’ bersama, anak sebak ayah positif COVID-19

Tak sempat sambut ‘birthday’ bersama, anak sebak ayah positif COVID-19

Saban hari, pandemik COVID-19 di negara kita masih lagi mencecah empat angka dan berada diparas amat membimbangkan. Hampir setiap hari kes positif serta jumlah kematian meningkat serta makin ramai yang ‘hilang’ individu tersayang.

Ayahnya disahkan positif COVID-19

Menerusi video yang telah dimuat naik oleh Fatin di akaun TikToknya, dia berkongsi pengalaman sedihnya apabila dia memberitahu bahawa ayahnya disahkah positif COVID-19 dan telah dibawa ke hospital dengan menaiki ambulans.

Lebih menyedihkan lagi apabila ayahnya itu telah pergi ke hospital sehari sebelum hari lahirnya. Walaupun ayahnya telah memberi wang untuk membeli barang persiapan hari jadi seperti kek dan belon, namun pada tahun ini mereka sekeluarga tidak dapat menyambutnya.

Tak ada lagi abah yang akan kejutkan pagi-pagi dan wish ‘happy birthday princess abah’.

Dalam pada itu, Fatin bersama seluruh ahli keluarganya turut melakukan swab test serta kuarantin di rumah selama 14 hari kerana mereka menjadi kontak rapat ayahnya.

‘Esok sepatutnya menjadi hari paling bahagia untuk saya…’

@_.ftnnn

Allah takkan uji kalau tak mampu:’) #fyp #fypシ゚ #sad

♬ original sound – 𝐀𝐅𝐃𝐙𝐀𝐋 𝐇𝐈𝐒𝐘𝐀𝐌 – ⚡️

‘Sabarlah, mungkin ada hikmah yang tersembunyi”

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet memberi kata-kata semangat buat gadis berkenaan. Malah ada juga di antara mereka yang berharap agar gadis itu tabah menghadapi dugaan pada hari istimewanya itu.

Sumber : _.ftnnn