Tak sampai setahun kahwin, suami dah kantoi curang, wanita menyesal kahwin muda!

Tak sampai setahun kahwin, suami dah kantoi curang, wanita menyesal kahwin muda!

Setiap pasangan yang sudah mendirikan rumah tangga sudah pastinya mengharapkan perhubungan tersebut berkekalan selama-lamanya. Namun, tak semua pasangan diberikan jodoh yang panjang dan ada yang terpaksa berpisah berikutan beberapa faktor.

 

Apa yang lebih menyakitkan, apabila wujud orang ketiga yang menjadi punca dalam keretakan sesebuah rumah tangga itu.

 

Ambil keputusan untuk bercerai

Foto: Tangkap layar video

Seperti perkongsian seorang wanita cekal dikenali sebagai KikiRizky menerusi beberapa buah video yang dimuat naik laman TikTok, dia mendakwa suaminya mempunyai hubungan sulit dengan wanita lain sebelum bertindak minta untuk dilepaskan.

Dan dapat tahu dia curang dan bagi alasan. Aku memutuskan untuk lebih baik bercerai. Ini alasan aku meninggalkan dia, bismillah ikhlas dan fokus masa depan lebih baik lagi.

Menerusi video lain, wanita ini bertindak membakar bunga dan gambar-gambarnya bersama bekas suaminya. Difahamkan, pasangan ini telah disatukan pada 22 November 2019 namun, atas persuratan takdir mereka bercerai pada 23 Oktober 2020 dan mahligai tersebut hanyalah bertahan selama 11 bulan.

Wanita muda ini turut mengakui dia masih kecewa dan trauma dengan apa yang telah menimpa dirinya. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen sempat memberikan kata-kata semangat kepada wanita ini supaya terus cekal dan dipermudahkan segala urusan.

Penyesalan terbesarku adalah berkahwin muda, aku ingat dengan berkahwin hidupku akan bahagia. Ternyata tidak.

Video penuh:

@kikiy0i

Sampai sini paham kan 😊 please jng #fyp #fypシ゚viral #foryoupage

♬ original sound – Ikhal – Ikhal

@kikiy0i

Balas @zahrajanna Terimakasih masalalu #fyp #fypシ #foryourpage

♬ suara asli – kikirizky – kikirizky

@kikiy0i

Balas @kikiy0i ini alasan saya meninggalkan dia🙂 saling sharring aja 🙏 #fypシ #fyp #foryourpage #BlenderJuara

♬ suara asli – kikirizky – kikirizky

Terus kuat ya kak!

Sumber: KikiRizky