Tak sampai sejam guna kereta Proton X50 baharu beli dah ditenggelami banjir

Tak sampai sejam guna kereta Proton X50 baharu beli dah ditenggelami banjir

 

Sepasang suami isteri terpaksa berputih mata melihat kereta baharu jenis Proton X50 yang baru dibeli mereka ditenggelami air susulan kejadian banjir kilat di Puchong.

Lebih menyedihkan, pasangan itu baru sahaja membeli kenderaan tersebut kurang daripada sejam.

Menerusi hantaran dimuat naik pengguna Facebook, Azhazul Azri, adiknya yang merupakan jurujual sempat bergambar dengan pemilik kenderaan terbabit pada jam 5 petang, namun kejadian malang berlaku sejam kemudiannya.

Begitupun difahamkan, pasangan itu sempat mengambil perlindungan khas bencana dan ianya akan ditanggung pihak insurans sepenuhnya

“Adik saya hantar kereta pelanggan jam 5 petang. Jam 6  petang kereta pelanggan tenggelam banjir.

“Mujur adik saya paksa pelanggan (kawan dia) tambah cover special perils.

“Kami ejen ini cadang tambah perlindungan peril khas (cover special perils) ni bukan sebab nak untung lebih. Untung kami sepuluh ringgit saja kadang.

“Tapi kami nak peace of mind. Kita tahu kereta pelanggan ada perlindungan. Bila tenggelam begini, kita tak ralat sebab insurans tanggung,” katanya.

Azhazul berkata, pemilik kereta memerlukan sekurang-kurangnya RM10,000 untuk baiki kereta rosak akibat tenggelam banjir.

“Lega. Lega betul saya dengar bila kereta ini ada perlindungan khas bencana. Baru sejam keluar showroom,” katanya.

Sebelum ini, Lebuhraya Damansara Puchong (LDP) dilanda banjir kilat setinggi 0.6 meter susulan hujan lebat melanda Lembah Klang petang semalam menyebabkan ratusan pengguna lebuh raya terkandas.

Tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata pengguna Facebook meluahkan rasa simpati terhadap nasib yang menimpa pasangan itu dan turut mendoakan segala urusan dipermudahkan Allah SWT.