Tak sabar nak naik pelamin, sekali tunang kantoi tidur dengan perempuan lain

Tak sabar nak naik pelamin, sekali tunang kantoi tidur dengan perempuan lain

Setiap pasangan yang bercinta pasti mengimpikan hubungan mereka berakhir dengan satu ikatan yang sah iaitu pernikahan. Meskipun begitu, terdapat pelbagai dugaan dan rintangan yang dilalui oleh setiap pasangan terutamanya bagi mereka yang sudah masuk ke fasa pertunangan.

Itulah yang dilalui oleh seorang wanita ini apabila dia mendakwa bekas tunangnya itu tergamak berlaku curang dibelakangnya.

 

Dakwa bakal suami tidur perempuan lain

Menurut wanita ini, jika mengikut pada perancangan awal, dia dan tunangnya itu akan melangsungkan pernikahan pada 26 Jun 2021 yang lalu. Namun, siapa sangka, hasrat untuk bergelar isteri akhirnya terkubur selepas tunangnya atau merangkap bakal suaminya itu didakwa ‘kantoi’ berlaku curang. Lebih mengejutkan apabila lelaki terbabit dipercayai tergamak meniduri wanita lain.

Perkenalan yang singkat. Saya terima untuk awak melamar saya untuk jadi tunang awak. Walaupun hati saya takut sangat-sangat. Apa yang jadi before kita tunang. Saya terima apa adanya awak. Akhirnya awak sia-siakan. Plan 26/6/21 nak naik pelamin tapi tak kesampaian.

‘Ibu dah putuskan ikatan saya dengan awak’

Dakwanya lagi, sebelum mereka mengikat tali pertunangan, lelaki ini sudah menunjukkan perangai ‘sebenarnya’ tetapi dia masih berlembut hati memberi peluang dengan harapan lelaki itu akan berubah. Tetapi ternyata semua itu hanyalah sia-sia.

Masa ni saya lari ke JB disebabkan tak boleh terima kesalahan awak tu. Awak tunjuk yang awak nak pujuk saya, awak cari saya dekat JB sebab kesalahan besar awak tapi saya lembut hati terima.

Bukan itu sahaja, wanita ini juga memaklumkan dia sanggup berhabis duit membeli sebiji motosikal buat lelaki tersebut untuk memudahkan urusannya untuk pergi kerja. Namun, hari demi hari, lelaki ini mula berubah. Malah, wanita ini sentiasa dilayan dengan sangat kasar, sering dicaci dan dimaki. Sehinggalah pada suatu hari, wanita ini nekad untuk mengakhiri ikatan pertunangan mereka.

Dengan lafaz bismillah, saya dengan awak tak ada apa-apa ikatan dah. Terima kasih bagaian yang sementara. Saya halalkan semuanya. Saya harap awak pandai jaga diri awak. Stop buat apa sebelum ni awak lakukan. Semoga Allah buka pintu taubat untuk awak.

‘I feel you sis’

Sumber: TikTok