Tak perlu kibar bendera, Noorkhiriah urus jenazah secara percuma, hanya hubungi dirinya

Tak perlu kibar bendera, Noorkhiriah urus jenazah secara percuma, hanya hubungi dirinya

Tampil menghulurkan bantuan namun bukan dari segi makanan dan keperluan asas, pelakon Noorkhiriah meminta agar mereka yang tidak berkemampuan untuk menguruskan jenazah waris yang meninggal dunia untuk menghubunginya dengan kadar segera.

Ujar pelakon genit itu, di kala semua insan sedang terkesan dengan pandemik kini, dia bersedia untuk memberi bantuan pengurusan jenazah secara percuma.

Jelasnya lagi, antara yang disediakan adalah dari segi urusan memandikan jenazah, kafan, solat sehinggalah urusan pengebumian di tanah perkuburan.

 

“Tak perlu kibar bendera, tolong simpan nombor kontak untuk dihubungi sahaja, tiada bayaran.” tulis Noorkhiriah dalam sebuah hantaran di Instagramnya untuk pengetahun netizen.

Difahamkan juga, bantuan tersebut merupakan inisiatif daripada hasil sumbangan orang ramai yang turut menghulurkan bantuan modal dalam menjayakan aktiviti tersebut.