“Tak penah minta barang kemas, duit… saya hanya mahukan kesetiaan” – Ellie Suriaty

“Tak penah minta barang kemas, duit… saya hanya mahukan kesetiaan” – Ellie Suriaty

 

 

 

 

Aktres dan pengarah berkaliber, Ellie Suriaty mendedahkan tiada lagi kemanisan dalam rumah tangga yang dibina selama 19 tahun bersama aktor Azri Iskandar sebelum nekad untuk bercerai bulan lalu.

Menurut laporan Astro Gempak, aktres berusia 52 tahun tersebut menyedari perubahan pada Azri dan tidak sanggup meneruskan kehidupan seperti itu.

“Saya kenal lelaki (Azri) ini 19 tahun atau 22 tahun termasuk perkenalan sebelum berkahwin. Jadi saya tahu perubahannya dari segi body language semua.

“Jadi saya faham dan saya tak mahu bertanya kerana kita pernah laluinya. Kadang-kadang dia seperti tidak hidup di dalam rumah…

“Dapat barang pre-loved pun suka kerana bagi saya momen itu bukan lagi barang atau material. Tak perlu pun terbangkan saya ke London atau Paris,” katanya.

Sedutan Video perkongsian Hlive ada di bawah sekali

Ibu dua cahaya mata itu membuat luahan demikian menerusi program Hard To Heard, tayangan Astro Ria malam tadi yang dikendalikan pengacara popular Datuk Aznil Hj Nawawi.

Pelakon filem Embun itu berkata, sepanjang perkahwinan tersebut, dia tidak meminta barangan mewah sebaliknya hanya memerlukan kesetiaan suami.

“Dia mudah kahwin dengan saya dan cerai pun mudah…Sepanjang hidup dengan dia saya tak pernah mintak seurat rantai, barang kemas, cincin berlian atau apa…

“Apa yang saya perlukan kesetiaan, saya tak pernah mintak duit sebulan RM5,000 ke kerana wang bukan isunya… Its always about love,” ujarnya.

Perkongsian di laman Instagram Hlive itu bagaimanapun mengundang kecaman netizen yang menyifatkan Ellie tidak perlu membuka cerita kerana seolah-olah telah membuka aib bekas suaminya.

untuk rekod terdahulu,

“Setiap perkahwinan mestilah ada usaha dan tawakal. Selebihnya itu sudah tertulis. Bukan serah bulat-bulat. Kalau tak, tidaklah kami hidup bersama selama 19 tahun,

” kata pelakon Ellie Suriaty Omar, 52, yang sah bercerai dengan suami yang juga pelakon, Azri Iskandar di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, di sini, hari ini.

Ellie ketika dihubungi berkata, keputusan dibuat bukan dalam tempoh singkat sebaliknya dia dan Azri sudah memikirkan perkara itu sejak empat tahun lalu sebelum memfailkan perceraian pada 22 April lalu.

Malah, menurut Ellie apa yang berlaku juga tidak mengurangkan rasa hormat terhadap bekas suaminya itu.

“Apa yang berlaku juga sudah tertulis. Kami sudah bersama dalam tempoh yang panjang. Kami juga sudah lalui banyak perkara bersama dan bina keluarga.

Saya berterima kasih pada dia. Kami berpisah pun dengan cara baik.

“Kami sangat matang dengan keputusan ini. Rasa Hormat saya tak berkurang pada dia. Saya menghormati dia sebagai bapa anak-anak kami, hormat dia sebagai pemain industri,

hormat skil dan kreativitinya sebagai pelakon. Selebihnya itu adalah peribadi antara kami.

“Keputusan ini tentu sekali bukan masa singkat. Kalau singkat ia dipengaruhi oleh pemikiran singkat dan unsur-unsur negatif lain.

Tapi kami ambil masa panjang untuk menilai iaitu dalam tiga ke empat tahun kebelakangan ini. Sudah cuba selamatkan  sebelum ini,” katanya kepada Harian Metro.

Ellie yang juga pengarah filem Penanggal berkata, selepas memfailkan perceraian dia meminta izin pada Azri untuk keluar rumah.

“Selama ini kami masih duduk bersama. Namun, selepas fail cerai, saya yang keluar rumah selepas minta izin daripada dia.

Saya yang berasa tak hormat pada diri sendiri sebab sudah failkan perceraian. Nanti saya hipokrit pula.

“Kalau masih nak duduk serumah, saya tak boleh nak anggap macam tidak ada apa-apa yang berlaku. Saya cakap terus terang untuk keluar rumah.

Dia hormat dan faham keputusan saya. Saya tidak mahu. Kami cukup matang dalam perkara ini,” katanya.

Dalam masa sama, Ellie berkata, dia tidak menyalahkan bekas suaminya itu atas keputusan yang dibuat.

“Saya tak salahkan dia. Kami ada hubungan baik dengan anak-anak. Begitu juga saya dengan anak-anak tiri. Tidak ada istilah nak rebut harta dan anak-anak. Itu semua tidak menjadi isu,” katanya.

Ellie dan Azri berkahwin pada 2003, dan hasil perkahwinan selama 19 tahun itu, mereka dikurniakan dua anak, Azrell Omar Azri Iskandar, 18, dan Nur Azreen, 13.

Lihat Video:

 

Sumber: OMM