Tak lepas roadblock nak balik raya, “Van ni berdrama pula kat sini..”

Tak lepas roadblock nak balik raya, “Van ni berdrama pula kat sini..”

Tahun ini merupakan kali kedua kita beraya dalam PKP dan ternyata berita itu tidak membuat sesiapa pun gembira. Walaupun masyarakat rata-ratanya setuju PKP diteruskan bagi membendung kes Covid yang semakin hari semakin meningkat, tipulah jika kita semua tidak rindu untuk beraya dengan meriah seperti tahun-tahun lepas.

Namun apakan daya, bukan sahaja orang ramai tidak dibenarkan ziarah-menziarahi dan mengadakan rumah terbuka, malah rentas negeri juga tidak dibenarkan bermakna ramai individu yang tidak dapat beraya di kampung halaman 2 tahun berturut-turut.

Oleh kerana itu, segelintir individu bercadang untuk tetap cuba merentas negeri agar mereka dapat melawat ibu bapa di kampung selagi sempat, walaupun jika terpaksa membayar saman yang tinggi.

Seperti satu tangkapan skrin Whatsapp yang tular di Twitter, perbualan di antara bapa dan anak ini membuat ramai yang sayu.
https://twitter.com/zul_hxlmi/status/1390180080354136069?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed%7Ctwterm%5E1390180080354136069%7Ctwgr%5E%7Ctwcon%5Es1_c10&ref_url=https%3A%2F%2Fhimpunanceritalawak.com%2F2021%2F05%2F10%2Fvan-merajuk-tak-lepas-roadblock-nak-balik-raya-berdrama%2F
Si bapa memaksa anaknya untuk pulang melawatnya di kampung selagi hayatnya masih panjang, kerana duit untuk bayar saman boleh dicari sementara waktu bersama ibu bapa tiada ganti.

Sementara itu pula, rakaman sebuah van yang cuba melepasi roadblock polis untuk merentas negeri juga membuat ramai terhibur apabila pemandu van berkenaan mula berdrama.

https://twitter.com/ZeehaSalleh/status/1391340526687842310?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed%7Ctwterm%5E1391340526687842310%7Ctwgr%5E%7Ctwcon%5Es1_c10&ref_url=https%3A%2F%2Fhimpunanceritalawak.com%2F2021%2F05%2F10%2Fvan-merajuk-tak-lepas-roadblock-nak-balik-raya-berdrama%2F
Dalam video tersebut dapat dilihat pemandu van berkenaan memusingkan kenderaanya untuk berpatah balik dengan pergerakkan yang perlahan, sambil memasang lagu raya yang sedih kerana tidak dapat pulang ke kampung.