‘Tak kira otai ke tak, kena humban jangan marah pula’ komen Dato Hattan buat Ifa Raziah
Pelakon dan penyanyi veteran, Datuk Hattan mendedahkan dia tidak mengambil hati mengenai sikap penyanyi dangdut sensasi, Ifa Raziah yang kelihatan tidak senang apabila menerima kritikan daripadanya sebagai juri menerusi program realiti Terpaling Juara.
@fzlyusof Replying to @EyCah💖 maaf ka ifa raziah…
Menerusi video yang dimuat naik oleh pengguna @f8buzz di laman TikToknya, dia teragak-agak untuk menyingkirkan Ifa Raziah daripada program tersebut jika tidak menggunakan peluang yang diberikan untuk memberi persembahan yang lebih baik berbanding sebelum ini.
Jelasnya lagi, tindakan Ifa yang hampir melatah ketika menyanyikan lagu Sepi Sekuntum Merah ketika persembahan sedang berlangsung disebabkan oleh terpijak kain adalah tidak berasas sama sekali.
@f8buzz Dato’ #Hattan tak kisah @ifa_raziah menjawab 😳 ‘Humban’ keluar kalau peluang diberi tak diambil di #TerpalingJuara Vid penuh YT F8Buzz #ifaraziah
“Tak kira otai atau tidak otai, aku ‘humban’ dua-dua tu kalau peluang yang diberi tidak digunakan sebaik yang mungkin. Bila baju nak terpijak, tiba-tiba nak melatah waktu menyanyi, tak boleh la macam itu. Aku marah la, ini bukan pertandingan pakaian.
Bukan itu sahaja, penyanyi kelahiran Negeri Sembilan itu menegaskan, dia menegur kesilapan yang dilakukan oleh Ifa adalah untuk kebaikannya yang merupakan antara penyanyi berpengalaman di program tersebut.
Malah, Hattan memberitahu dia tidak kisah apabila Ifa menjawab terhadap komen yang diberikan terhadap persembahannya kerana dia hanya menjalankan tanggungjawab sebagai salah seorang juri Terpaling Juara.
“Aku tak kisah dia menjawab, aku tak rugi apa pun. Kau yang rugi, dia nak menjawab dia punya pasal. Aku sebagai juri nak beritahu yang betul sahaja,” katanya.
“Kalau kau nak menjawab, rasa benda itu betul..kau teruskan la. Nanti kalau dah terkeluar (tersingkir), jangan marah pula. Kuasa kat tangan kita (juri). Tapi kami tak zalim sebegitu.
Sebelum ini, Ifa mendapat kritikan hebat daripada ramai kerana dia memberi alasan terpijak kain sendiri ketika persembahan menyebabkan suaranya menjadi sumbang.
Malah, dia turut tidak berpuas hati dengan pendapat daripada seorang guru vokal yang dikenali sebagai Syaffiq Erwin yang telah mengkritik nyanyiannya.