“Tak cucuk pun akan mati juga kalau dah sampai ajal”, Ifa Raziah tolak ambil vaksin selain Pfizer?

“Tak cucuk pun akan mati juga kalau dah sampai ajal”, Ifa Raziah tolak ambil vaksin selain Pfizer?

Penyanyi dan pelakon sensasi, Ifa Raziah menafikan dakwaan netizen yang menuduhnya membatalkan temu janji vaksinasi saat akhir secara sengaja kerana memilih jenis vaksin.

Di Instagram, Ifa atau lebih dikenali sebagai Miss Diva memberitahu bahawa dia terpaksa membatalkan niat mengambil vaksin semalam disebabkan kekeliruan dan salah faham yang berlaku di Pusat Pemberian Vaksin Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC).

 

Tak dapat Pfizer

Siapa yang nak kena cucuk atau tak nak kena cucuk, terpulanglah pada diri masing-masing empunya badan. Cucuk pun akan mati juga, tak cucuk pun akan mati juga kalau dah sampai ajal. Kalau tak nak kena cucuk, tak apa jangan jadi kaki cucuk. Miss Diva bukan mengada-ngada tak nak kena cucuk. Doktor yang tak bagi cucuk. Lain kali dia bagi cucuk. Akan cari yang secocok.

Menurut Ifa Raziah, dia terpaksa membatalkan temu janji vaksin semalam kerana tidak dapat suntikan Pfizer di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC). Tambah Ifa, dia bukan sengaja mahu berbuat demikian, namun tindakan tersebut diambil memandangkan vaksin jenis Pfizer sahaja dirasakan sesuai untuk diri dan penyakit yang dihidapinya.

Itu hak kita nak ambil atau tak walaupun sudah disediakan oleh kerajaan Malaysia dalam aplikasi MySejahtera. Cuma, setahu saya kalau di MITEC, mereka akan dibekalkan dengan vaksin jenis Pfizer. Tapi bila saya sampai, lain pula jadinya. Nak Pfizer tapi diberi Sinovac.

Ujarnya lagi, doktor yang bertugas di PPV tersebut turut mengeluarkan sepucuk surat sebagai rujukan untuknya agar mendapatkan vaksin bersesuaian sahaja.

Saya ada penyakit

Bukanlah nak kata vaksin lain tu tak okey dan Pfizer saja yang paling bagus. Tapi untuk kes macam saya ni, penyakit yang saya ada, cuma Pfizer sahaja yang sesuai. Ini bukan soal nak ke luar negara ke apa ke. Sama sekali tidak. Kalau cucuk 10 dos Pfizer sekali pun, bukan boleh terbang dan pergi luar negara sekarang pun.

Terdahulu, Ifa Raziah menerima kecaman hebat daripada netizen gara-gara membatalkan hasrat untuk mengambil vaksin selain daripada Pfizer. Menurut netizen, penyanyi tersebut tidak bersyukur kerana masih ramai lagi individu di luar sana yang belum menerima suntikan vaksin. Menerusi posting yang dimuat naik, Ifa tidak mendedahkan jenis penyakit yang dihidapinya.

Sumber: Ifa Raziah