“Tak cemburu ke negara lain dah tak pakai mask?”, Elfira Loy gesa masyarakat berjuang turunkan bilangan kes COVID-19

“Tak cemburu ke negara lain dah tak pakai mask?”, Elfira Loy gesa masyarakat berjuang turunkan bilangan kes COVID-19

Pelakon dan juga usahawan, Elfira Loy menerusi sebuah hantaran di Instagramnya mengakui dia berasa sangat rindu untuk melihat anak sulungnya, Muhamad Rayyan Khalaf bermain di luar dan bersuka-ria di taman.

Meskipun begitu, Elfira akur dengan keadaan semasa di mana semua masyarakat harus mematuhi peraturan semasa Sekatan Pergerakan Penuh yang dilaksanakan kini demi mengekang penularan wabak COVID-19.

 

Disebabkan itu, pelakon drama Ketika Cinta Merintih ini berharap agar semua rakyat bersabar menghadapi ‘lockdown’ dan mematuhi segala prosedur operasi standard (SOP) sehingga negara mencapai sifar kes.

“Rindulah nak tengok Rayyan bermain di luar, pergi taman dan pergi kolam. Harap kita semua boleh lakukan ini, sabar menghadapi lockdown dan kekal mengikuti SOP selepasnya supaya sifar kes sampai bila-bila.”

Dia dalam pada itu turut mengambil contoh daripada negara luar yang telah berjaya mengawal kes COVID-19 sehingga sudah tidak perlu memakai pelitup muka apabila keluar ke mana-mana.

 

“Tak cemburu ke negara lain dah tak pakai mask? dah boleh travel dalam negeri. Bestkan? Jomlah kita cabar diri kita, orang Malaysia kan fighter, kita fight sampai 0 okay!” tulisnya lagi.

Meninjau ruangan komen, rata-rata peminat dan pengikut media sosial usahawan sambal itu turut menitipkan kata-kata positif dna bersetuju dengan pendapat pelakon wanita itu.